Tuesday, 3 March 2015

Tips mudah untuk memahami jenis-jenis intravenous solution (isotonic, hypotonic dan hypertonic)

Topik ni ramai students yg selalunya blurrr. Perkara pertama yang anda kena tahu adalah kenali apa itu isotonic solution?
Isotonik bermaksud sama tekanan (iso = sama, tonic = tekanan). Secara ringkas, tahap kepekatan bahan dalam cecair isotonik sama pekat  dengan kepekatan cecair dalam sel badan manusia.

Kepekatan cecair adalah sangat penting di dalam rawatan pilihan kepada pesakit kerana:
Hypertonic solution= Akan menyebabkan sel di dalam badan menjadi kecut (shrink)
Hypotonic solution= Akan menyebabkan sel di dalam badan menjadi bengkak (swell) dan akhirnya boleh pecah (lysis)
Isotonic solution= Cecair bebas bergerak antara sel untuk mendapatkan kepekatan yang sesuai.

Perbezaan keadaan sel dalam kepekatan larutan yang berbeza

Yang kedua, anda kena kenalpasti/hafal ada 3 jenis solution yg di namakan solution isotonic:
IV Normal saline 0.9%
IV Hartman's
IV Dextrose 5%

Example of solution



Now, sekiranya solution selain dr yg disebut di atas mempunyai % yg lebih tinggi=Hypertonic solution.
% yang kurang dari sebutan di atas=Hypotonic solution. Dan, sekiranya fluid contain lebih dr satu jenis solution juga dikategorikan sebagai hypertonic solution.

Selain itu, isotonic solution mempunyai kepekatan antara 240-340mOsm. Kepekatan ini anda boleh lihat di pamerkan di bahagian label solution.
>340mOsm adalah hypertonic solution
<240mOsm adalah isotonic solution

Cara nak tengok kepekatan solution

Ok lah harap tips yang tak seberapa ni membantu yer.. Insyaallah next kalau tiada aral yang melintang saya akan sambung tulis lagi... tata titi..tutu


2 comments:

  1. terima kasih kerana baca blog akak...

    tentang jauh tak nak jalan kalau parking kat putra sentral dan naik klia transit tu... tak jauh pun semuapun bersambung antara satu sama lain... jadi tak membebankan sangat walaupun bawak anak kecil...

    ReplyDelete
  2. jd iv drip ni bahasa ringkasnya glucose atau garam mineral

    ReplyDelete