Assalamualaikum.
Hari ni mama nak cerita mengenai pengalaman mama memilih tadika yang sesuai untuk anak2. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mommies baru untuk memilih tadika yang sesuai dengan kehendak anda.
First anak mama yg sulung merupakan bahan eksperimen. Mula2 abang sekolah di smart reader. Waahhhh... nama sekolah yang besar... so, mama pon pilih la.. bayaran memang agak mahal. Bayaran ikut term.. so... seingat mama dekat rm2k jugak.
sistem pembelajaran dia adalah english base. first bila anak masuk...dia akan start ajar english reading dulu. Tapi tidak di ajar membaca bahasa malaysia. hihi.. os end up... abang pandai baca english... tapi segala doa ke... baca buku bahasa ke... mmg OUT!
next mama tukar ke tadika Islam... disini.... abang boleh membaca bahasa malaysia.. boleh hafaz a few surah dan doa... tapi abang tak boleh berbahasa english.. jauh sekali nak membaca!
Next, papa di tukarkan ke Melaka... so, abang ikut papa.... mama still stay dekat Shah Alam with my second daughter. Bermulalah mama cari tadika yang sesuai untuk abang... taddaaaaa.... based on searching and googleling (ada ke perkataan ni??).. mama jumpa la sekolah yg di beri nama Genius Aulad. Okay disini... abang shown drastically improvement. The outcomes: abang boleh membaca bahasa malaysia dan juga english. Abang dah bersolat.. abang lancar membaca setiap surah dan bacaan dalam solat. Disini juga pelajar lelaki di ajar dan di beri peluang bergilir2 untuk menjadi imam bagi setiap solat. Alhamdulillah.... I am soooooo happy....
Bercakap mengenai Genius aulad... saya sangat berpuas hati. Mereka mengajar ank2 menjadi anak yang soleh dan bagus di dalam akedemik. Masih ingat saya dengan satu cerita:
Suatu petang, abang mengadu dengan mama...bahawa semua pelajar terlibat dengan satu projek sains iaitu tanam pokok taugeh. Tapi tak tau kenapa..hanya pokok taugeh abang sahaja yang belum tumbuh. Mama cakap.. 'Takpe la.. abang sabar la.. doa banyak2.. Insyaallah nanti tumbuhla dia".
Lepas tu abang terus masuk bilik. Mama intai.. rupanya abang tengah solat. Selesai solat, abang datang kat mama. Mama tanya..."
Mama: Abang solat apa tadi?
Abang: Abang solat hajat
Mama: Apa yang abang hajatkan?
Abang: Abang hajat dan berdoa supaya pokok taugeh abang tumbuh mcm org lain..
***mama mcm x percaya... jd mama nk test
Mama: Macam mana abang niat solat hajat?
Abang: Usolli sunnatan hajat roka'tai ni lillah hita'ala.. sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana Allah taala.
*****seriously.. mama x pernah ajar abang macam ni... and definitely... sekolah Genius aulad yang ajar!! Sejak dari itu... abang kerap dilihat solat hajat bila dia hajatkan sesuatu. Abg pernah solat hajat.. nak mendoakan si baby aisyah cepat berjalan... hujan turun akibat kemarau.. dan bnyk lagi.
Selain itu abang juga lead/imam untuk solat waktu bersama adik perempuan dipanggil 'kakak'.
Selain itu di Genius Aulad sangat mementingkan aurat. Abang akan tegur sekiranya mama dan adik2 perempuan mendedahkan aurat. Selain itu, abang juga refused untuk pakai seluar pendek.
Okay.... ini mengenai outcomes utk sahsiah dan pegangan sebagai muslim. Akademik pulak mcm mana??? Lepas setahun (age 6) abang akan masuk darjah satu. Darjah satu zaman sekarang ada pre-entry exam. Pre entry exam ni adalah nak menentukan kelas. Alhamdulillah hasilnya abang dapat jadi "pelajar lelaki terbaik" dan di masukkan ke kelas pertama.
Itulah sedikit sebanyak kisah abang... ohhhh.... pra sekolah??? Sebenarnya Pra sekolah abang tak masuk... tetapi si kakak (my second daughter-adik kepada abang) yang masuk.
Dah banyak sangat mama bebel. Nnti mama buat entry part 2 plak la yer...
Kuikuikui....
No comments:
Post a Comment